30 maut serangan bom bunuh diri




PESHAWAR: Seorang pengebom bunuh diri semalam menyerang upacara pengebumian pemimpin Syiah, Sher Zaman di timur laut Pakistan, mengakibatkan 30 orang terkorban dan mencetuskan tunjuk perasaan ganas.Letupan berkenaan berlaku berhampiran masjid Syiah di Dera Ismail Khan, sebuah bandar di pinggir Pakistan yang mempunyai sejarah kejadian keganasan berasaskan puak, yang semakin menjadi-jadi di negara berpendudukan majoriti Sunnah itu."Kira-kira 20 orang terkorban dan 25 lagi cedera," kata Ashiq Saleem, pentadbir hospital kerajaan.Anggota polis tempatan mengesahkan jumlah kematian itu tetapi menyatakan angka mangsa yang cedera adalah lebih 40 orang.

Perintah berkurung dikuat kuasakan selepas kejadian itu, yang dibalas dengan tembakan bertalu-talu oleh hadirin yang berada di pekarangan masjid bagi upacara pengebumian Sher Zaman, semalam.Anggota tentera ditempatkan di bandar berkenaan, di sempadan Afghanistan.Penunjuk perasaan bertindak ganas menembak ke udara, membaling batu ke arah kereta, menggeledah kedai, membakar bas dan mengadakan sekatan jalan raya dengan tayar yang dibakar di bandar yang berhabuk itu, kata penduduk menerusi telefon dari bandar berkenaan."Perintah berkurung dikenakan di bandar ini," kata ketua pentadbiran daerah, Syed Mohsin Shah.'Pihak tentera terpaksa dipanggil bagi membantu polis mengawal keadaan keselamatan," katanya.Serangan itu dilakukan dua minggu selepas 35 orang maut dalam kejadian pengeboman bunuh diri yang membabitkan pengikut Syiah di Dera Ghazi Khan pada 5 Februari lalu.Kira-kira 90 orang terbunuh dan serangan bunuh diri dan pengeboman di seluruh Pakistan setakat ini tahun ini dan lebih 1,600 terkorban sejak tentera kerajaan menyerang tempat persembunyian militan di sebuah masjid radikal di Islamabad pada Julai 2007 lalu.
Oleh karena itu wahai temanku yang masih punya hati marilah kita sejaenak merenungkan
apa yang telah kita lakukan slama ini semoga kita menjadi orang yg sukses
amin...
Read More......